Aku sangat bersyukur dilahirkan oleh seorang ibu yang
sangat tabah dan sabar dalam menghadapi hari2 nya sebagai seorang ibu tunggal
yang menanggung 4 orang anak dan bekerja sebagai seorang guru di sekolah agama.
Aku kagum dengan mak aku yang tidak pernah mengeluh dalam menjalani kehidupannya
dan terima setiap dugaan yang diberikan kepadanya. Susah senang dia yang
tanggung dan sanggup menahan nafsu sendiri demi anak2 nya. Kadang2 aku tengok
wajah ibu aku yang keletihan membuatkan aku nak jadi anak yang dapat mengubah
nasib keluarga aku. Tapi aku masih x dapat mengenal pasti kebolehan aku dalam
pelajaran dan juga kemahiran. Yang aku tahu aku suka mengemas dan memasak. Itu pun
masak yang simple je L.
Aku berharap sangat suatu hari nanti ada yang sudi menjaga aku dengan baik dan
dapat membimbing diri aku ke jalan ke benar. Aku masih cetek ilmu agama dan aku
mahu mendalami nya. Opsss lari topik lak sorry ngeee. Mak aku bukan kena
menanggung anak2 nya saja tapi kena menanggung kedua2 ibu bapanya yang sakit(atuk
tersayang aku lah tu). Aku sedih bila mak aku asyik cakap “adik bilalah kita
dapat tidur rumah kita sendiri, rumah ada tapi x duduk” aku pun jawab”bila2 pun
boleh tapi siapa nak jaga atuk”. Aku taw bila aku cakap macam tu mak aku fikir
fasal rumahnya. Walaupun mak aku seorang ibu tunggal tapi mak aku mampu beli
rumah, kereta, motor dan menanggung anak dan mak ayah nya dengan baik. Aku
tidak akan pernah lupakan jasa yang mak aku berikan kepada aku selama ini.
insya-Allah dengan izin-Nya aku akan jaga mak aku bila dia dah tua. Dan aku
berharap sangat siapa2 yang menjadi bakal suami aku dapat terima mak aku
seadanya (bukan saya je awak kena terima seadanya). MAK ADIK SANGAT SAYANG
MAK!!!!!!
No comments:
Post a Comment