ASSALAMUALAIKUM,AHLAN WA SAHLAN FOR ALL MUSLIM IN THE WORLD

Friday 15 March 2013

Sayangnya Aku Pada Mereka

mereka lah yg jaga Izzah dari Izzah kecik sampai Izzah besar. mereka lah atok dan nenek yg sangat Izzah cinta dan sayang. bila dah berjauhan dgn mereka selalu sangat rasa rindu pada mereka timbul. rasa tiap2 minggu nak balik tapi apakan daya xdpt nak balik tiap2 minggu :(. semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari sebarang malapetaka InsyaAllah :)
mereka lah yg selalu jadi sponsor Izzah ;)


Monday 11 March 2013

Baru lagi

bila dah ada blog rasa macam nak luahkan apa yg terpendam dalam hati je. tapi xsemua benda kita boleh kongsi kan pada orang kan. Izzah baru je lagi dalam dunia blog nie sebab tu blog nie x cantik macam orang yg dah lama dalam dunia blogger. jadi buat masa nie macam nie je la blog Izzah :)

Saturday 2 March 2013

Cinta berputik kembali



Dia lah yang aku cinta selama 2 tahun. Cinta dalam diam. Dia tidak pernah tahu yang aku suka dia :). Sejak dia senyum pada aku terus senyuman dia terbayang2 dalam ingatan aku. Hanya kerana senyuman dia aku jatuh cinta pada dia. Lepas habis spm aku dah tak jumpa dia lagi tapi selalu berharap dapat terserempak dengan dia. Aku suka dia sejak aku form 4 lagi. Ingat just suka je tapi tiba2 jadi cinta pulak hehehe. Dan yang paling penting aku tak pernah suka orang selama 2 tahun dia lah orang pertama. Selalu nya aku akan suka orang tak sampai 4 bulan. Lepas dah dapat taw orang yang aku suka dah berpunya, aku dah tak pandang lagi orang tu sebagai orang yang aku suka. Aku pandang orang tu sebagai lelaki yang hensem je la hihihi. Tapi bila aku taw yang dia ni dah berpunya aku tetap pandang dia sebagai orang yang aku suka a.k.a cinta :). Tapi lepas masuk tahun 2012 aku dah boleh lupa pada dia, masalah berlaku bila nak amik result spm. Aku pandang dia je jantung dah mengepam dengan sangat laju. Sampai jalan pun macam dah orang tak betul :). Aku tegur dia masa kat bilik guru, dia bagi respon kat aku pergh hanya tuhan saja yang taw betapa gembiranya aku masa tu. So satu hari aku asyik senyum dan ketawa sorang2 je. Aish tu lah aku bila jumpa dengan orang yang aku suka terus gila J. Then lepas tu aku dah lama sangat tak dengar khabar dia sampai la aku dah masuk U. Sejak dia dah masuk U dia asyik on9 fb jer. So dpt taw la perkembangan dia J. Aku pulak kalo nmpk status dia mesti rasa nak comment tapi tak tercomment pun sebab TAKUT!!!!! Aish dah panjang pula cite nya. Hati ni masih berharap pada DIA :). Sebenarnya bnyk lagi nak cite tapi  nanti la sambung cite nye hihihi. Sesiapa cepatlah tackle aku hahaha. I’m single. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.

Ibu Tunggal



Aku sangat bersyukur dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat tabah dan sabar dalam menghadapi hari2 nya sebagai seorang ibu tunggal yang menanggung 4 orang anak dan bekerja sebagai seorang guru di sekolah agama. Aku kagum dengan mak aku yang tidak pernah mengeluh dalam menjalani kehidupannya dan terima setiap dugaan yang diberikan kepadanya. Susah senang dia yang tanggung dan sanggup menahan nafsu sendiri demi anak2 nya. Kadang2 aku tengok wajah ibu aku yang keletihan membuatkan aku nak jadi anak yang dapat mengubah nasib keluarga aku. Tapi aku masih x dapat mengenal pasti kebolehan aku dalam pelajaran dan juga kemahiran. Yang aku tahu aku suka mengemas dan memasak. Itu pun masak yang simple je L. Aku berharap sangat suatu hari nanti ada yang sudi menjaga aku dengan baik dan dapat membimbing diri aku ke jalan ke benar. Aku masih cetek ilmu agama dan aku mahu mendalami nya. Opsss lari topik lak sorry ngeee. Mak aku bukan kena menanggung anak2 nya saja tapi kena menanggung kedua2 ibu bapanya yang sakit(atuk tersayang aku lah tu). Aku sedih bila mak aku asyik cakap “adik bilalah kita dapat tidur rumah kita sendiri, rumah ada tapi x duduk” aku pun jawab”bila2 pun boleh tapi siapa nak jaga atuk”. Aku taw bila aku cakap macam tu mak aku fikir fasal rumahnya. Walaupun mak aku seorang ibu tunggal tapi mak aku mampu beli rumah, kereta, motor dan menanggung anak dan mak ayah nya dengan baik. Aku tidak akan pernah lupakan jasa yang mak aku berikan kepada aku selama ini. insya-Allah dengan izin-Nya aku akan jaga mak aku bila dia dah tua. Dan aku berharap sangat siapa2 yang menjadi bakal suami aku dapat terima mak aku seadanya (bukan saya je awak kena terima seadanya). MAK ADIK SANGAT SAYANG MAK!!!!!!