ASSALAMUALAIKUM,AHLAN WA SAHLAN FOR ALL MUSLIM IN THE WORLD

Thursday 1 May 2014

kelebihan dan kekurangan

Assalamualaikum

apa yang nak diceritakan ek? urmmmm apa ek?
seperti mana macam tajuk di atas lah ye....kadang-kadang tanpa kita sedar kita tunjuk kelebihan dan kekurangan kita pada orang...dan tanpa kita sedar kelebihan kita ada orang terima dengan baik ada yang kurang baik....begitu juga dengan kekurangan kita...tapi yang melemahkan dan menyedihkan apabila orang melayu sendiri tidak memberi sokongan sesama melayu....bukankah sepatutnya kita sesama melayu sesama agama saling diperlukan untuk saling mengingati dan saling menyokong...bukan makin dihina dan diherdik tanpa rasa kasihan...kalau kita ikut sunnah Nabi SAW inn shaa Allah kita dapat menjalani setiap ujian dan dugaan dengan penuh kesyukuran dan ketaatan...makanya kita sesama muslim hendaklah sentiasa bersangka baik, berbuat baik dan saling menjaga satu sama lain supaya dapat menerima kelebihan dan kekurangan  orang lain....inn shaa Allah mudah-mudahan aminnnn. :)

Sunday 9 March 2014

sabar separuh dari iman

assalamualaikum w.b.t .....
dalam islam ada banyak sunah Nabi Muhammad S.A.W yang boleh kita amalkan...tapi kat sini aku nak cerita pasal SABAR....ada yang mengatakan orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan SABAR dalam setiap ujian yang diturunkan kepadanya....bukan mudah nak menahan sabar kecuali kita sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa mengingati Allah...dalam banyak2 sifat yang harus dan perlu kita tanam dalam diri ialah SABAR...macam-macam perkara boleh terjadi jika kita tidak dapat menahan sabar kita ketika dan semasa kita diuji...sebab itu sekarang banyak perkara yang remeh berlaku  hanya kerana kesabaran kita terlalu nipis dan halus dalam hati...jadi kita sebagai umat islam yang soleh dan solehah mestilah sentiasa memohon kepada Allah agar dinding KESABARAN kita kekal tebal supaya kita boleh jadi orang yang kuat dalam menjalani kehidupan seharian dibawah lindungan dan keredhaan-Nya....insyaAllah sama-sama kita mengubah diri menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa aminnnn ya rabbal alamin :) .....

Friday 17 January 2014

Kawan Dlm Kumpulan

asssalamualaikum.....

            setiap orang mempunyai kawan sama ada dalam kumpulan mahu pun hanya berdua....ni nak cakap pasal berkawan tapi berkumpulan...dalam kumpulan tu mesti ada salah sorang dari mereka yg betul2 rapat dengan kita...kita rasa dengan dia kita selesa ceritakan apa2 pon yg kita alami...bukan dengan kawan2 yg lain tak rapat, rapat memang rapat cuma kita cerita yg ringkas2 je dengan mereka...dan mungkin masih tiada kepercayaan kepada mereka kita hanya rapat sorang dari mereka...apa2 pon aku sayang kawan2 aku...setiap mereka terselit kenangan yg indah2 :)....Ya Allah jagalah hubungan baik kami dibawah lindunganMu aminnnnnn :)

Saturday 24 August 2013

Jadi Facilitator

Assalamualaikum.....
malam sebelum berlaku nye program bersama PA, saya ada perjumpaan group. Dalam tengah tunggu member yang lain dtg tiba2 salah sorang member dari group saya call ingat nak tanya tempat jumpa kat mana, last2 dia tembak terus dengan meminta tolong gantikan dia masa hari sabtu iaitu menjadi faci (ke mentor). Saya dengan hati yang berat mula2 tolak sebab malas nak pergi(jadi faci/mentor lak tu)...memang tak lah....cari punya cari penggantinya tak ada sapa pon yang nak....last2 disebabkan kesian saya pergi juga...dari nak 5 orang jadi 6 orang yg pergi....sebab kami memerlukan antara satu sama lain...sebab saya tak nak pergi pada mula nya ialah saya tidak yakin dengan diri dapat memberi komitmen pada adik2 part 1 yang akan saya dan rakan2 conduct...yelah saya bukan student yg cemerlang dalam akademik sudah tu kena bagi semangat kat adik2 yang baru nak belajar...saya boleh je bagi semangat kat dyeorg tapi kalau diri sendiri terkapai2 mencari semangat rasa macam tak tengok cermin plak...tapi rakan2 banyak memberi support untuk pergi ke program bersama PA kata mereka cari pengalaman saya pon pergi jugak dengan hati yang was2....akhirnya Alhamdulillah apa yang saya sangkakan tidak berlaku sama sekali....adik2 semua bagi respon yang sangat baik...semoga apa yang saya sampaikan saya dapat tunjukkan dengan baik dan adik2 dapat mencontohi kerana Allah..Inn shaa Allah sama2 kita mencapai kejayaan bersama2 dibawah keredhaan-Nya amin. Wassalam :)

Monday 5 August 2013

Cinta?

Assalamualaikum, cinta? anda tahu apa itu cinta? tak tahu erm sebenarnya saya pon kurang tahu hihihi...ok apa yang saya faham lah tentang cinta ini adalah yang pertama cinta kita pada yang Maha Esa. Kalau kita tidak meningkatkan kecintaan kita pada-Nya maka kita akan menjadi hamba yang hidup tanpa arah tujuan yang sebenar dan kita jugak tidak akan dapat merasai kenikmatan yang Dia berikan dengan puas. Kita akan rasa tidak cukup apa yang kita ada sekarang. Keduanya, cinta kita pada kedua-dua ibu bapa kita. Tanpa ibu bapa kita semestinya kita tak akan wujud didunia nan indah ini. Jangan sekali2 kita sia2 kan kasih sayang yang mereka berikan kepada kita sebaliknya kita sepatutnya bersyukur dan menghargai mereka kerana sentiasa ada dengan disaat susah mahupun disaat kita susah. Ketiga, cinta kita pada yang halal untuk kita. Selagi tiada ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan janganlah kita mempersia2kan cinta suci kita. Berikanlah cinta kita pada mereka yang melabuhkan cintanya kepada yang Maha Esa nescaya kebahagiaan menanti anda didunia dan diakhirat. Oleh itu, marilah sama2 kita memperkuatkan lagi iman dan ketakwaan kita pada yang selayaknya baru lah kita melangkah ke langkah yang seterusnya :). Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri sendiri. Wassalam ;)

Lebaran Hampir Tiba

assalamualaikum, pejam celik pejam celik haaa ramadhan dah nak samapai ke penghujungnya...semestinya ramai yang sedih dengan pemergian bulan ramadhan kan(termasuklah saya)...jadi apa yang kita dapat masa sepanjang ramandhan tahun ini? erm alhamdulillah saya pergi terawih banyak kali lah juga berbanding tahun lepas sekali jer pergi hihihi...tahun ni jugak aku cuba berubah sikit2 untuk jadi yang lebih baik dari sebelum nie...inn shaa Allah sama2 kita memanfaatkan sisa2 masa di bulan ramadhan tahun ini amin :)

Sunday 28 July 2013

Kuarantin Bahhh

haaa nie cheq nak habaq sikit...rumah cheq tak pasai2 kena kuarantin so cheq and my housemate kenalah balik rumah masing2 walaupun kami ada test hari tu...kami semua rasa bengang yang amat sangat sebab kena balik tanpa kehendak kami...bercampur baur perasaan kami masa tu samaada gembira @ sedih...tapi cheq bersyukur dapat cuti agak lama lah jugak hihihi...cheq rasa sedih sebab tak dapat nak minta maaf kat classmate sebelum cheq balik kg sambut raya huhuhu...tapi apa2 pun cheq tetap bersyukur mungkin ada hikmah semua ni berlaku kat kami serumah...yang baik datang dari Allah, yang buruk datangnya dari diri sendiri...