ASSALAMUALAIKUM,AHLAN WA SAHLAN FOR ALL MUSLIM IN THE WORLD

Saturday 24 August 2013

Jadi Facilitator

Assalamualaikum.....
malam sebelum berlaku nye program bersama PA, saya ada perjumpaan group. Dalam tengah tunggu member yang lain dtg tiba2 salah sorang member dari group saya call ingat nak tanya tempat jumpa kat mana, last2 dia tembak terus dengan meminta tolong gantikan dia masa hari sabtu iaitu menjadi faci (ke mentor). Saya dengan hati yang berat mula2 tolak sebab malas nak pergi(jadi faci/mentor lak tu)...memang tak lah....cari punya cari penggantinya tak ada sapa pon yang nak....last2 disebabkan kesian saya pergi juga...dari nak 5 orang jadi 6 orang yg pergi....sebab kami memerlukan antara satu sama lain...sebab saya tak nak pergi pada mula nya ialah saya tidak yakin dengan diri dapat memberi komitmen pada adik2 part 1 yang akan saya dan rakan2 conduct...yelah saya bukan student yg cemerlang dalam akademik sudah tu kena bagi semangat kat adik2 yang baru nak belajar...saya boleh je bagi semangat kat dyeorg tapi kalau diri sendiri terkapai2 mencari semangat rasa macam tak tengok cermin plak...tapi rakan2 banyak memberi support untuk pergi ke program bersama PA kata mereka cari pengalaman saya pon pergi jugak dengan hati yang was2....akhirnya Alhamdulillah apa yang saya sangkakan tidak berlaku sama sekali....adik2 semua bagi respon yang sangat baik...semoga apa yang saya sampaikan saya dapat tunjukkan dengan baik dan adik2 dapat mencontohi kerana Allah..Inn shaa Allah sama2 kita mencapai kejayaan bersama2 dibawah keredhaan-Nya amin. Wassalam :)

Monday 5 August 2013

Cinta?

Assalamualaikum, cinta? anda tahu apa itu cinta? tak tahu erm sebenarnya saya pon kurang tahu hihihi...ok apa yang saya faham lah tentang cinta ini adalah yang pertama cinta kita pada yang Maha Esa. Kalau kita tidak meningkatkan kecintaan kita pada-Nya maka kita akan menjadi hamba yang hidup tanpa arah tujuan yang sebenar dan kita jugak tidak akan dapat merasai kenikmatan yang Dia berikan dengan puas. Kita akan rasa tidak cukup apa yang kita ada sekarang. Keduanya, cinta kita pada kedua-dua ibu bapa kita. Tanpa ibu bapa kita semestinya kita tak akan wujud didunia nan indah ini. Jangan sekali2 kita sia2 kan kasih sayang yang mereka berikan kepada kita sebaliknya kita sepatutnya bersyukur dan menghargai mereka kerana sentiasa ada dengan disaat susah mahupun disaat kita susah. Ketiga, cinta kita pada yang halal untuk kita. Selagi tiada ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan janganlah kita mempersia2kan cinta suci kita. Berikanlah cinta kita pada mereka yang melabuhkan cintanya kepada yang Maha Esa nescaya kebahagiaan menanti anda didunia dan diakhirat. Oleh itu, marilah sama2 kita memperkuatkan lagi iman dan ketakwaan kita pada yang selayaknya baru lah kita melangkah ke langkah yang seterusnya :). Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri sendiri. Wassalam ;)

Lebaran Hampir Tiba

assalamualaikum, pejam celik pejam celik haaa ramadhan dah nak samapai ke penghujungnya...semestinya ramai yang sedih dengan pemergian bulan ramadhan kan(termasuklah saya)...jadi apa yang kita dapat masa sepanjang ramandhan tahun ini? erm alhamdulillah saya pergi terawih banyak kali lah juga berbanding tahun lepas sekali jer pergi hihihi...tahun ni jugak aku cuba berubah sikit2 untuk jadi yang lebih baik dari sebelum nie...inn shaa Allah sama2 kita memanfaatkan sisa2 masa di bulan ramadhan tahun ini amin :)

Sunday 28 July 2013

Kuarantin Bahhh

haaa nie cheq nak habaq sikit...rumah cheq tak pasai2 kena kuarantin so cheq and my housemate kenalah balik rumah masing2 walaupun kami ada test hari tu...kami semua rasa bengang yang amat sangat sebab kena balik tanpa kehendak kami...bercampur baur perasaan kami masa tu samaada gembira @ sedih...tapi cheq bersyukur dapat cuti agak lama lah jugak hihihi...cheq rasa sedih sebab tak dapat nak minta maaf kat classmate sebelum cheq balik kg sambut raya huhuhu...tapi apa2 pun cheq tetap bersyukur mungkin ada hikmah semua ni berlaku kat kami serumah...yang baik datang dari Allah, yang buruk datangnya dari diri sendiri...

Friday 19 July 2013

Keegoan sesorang

Tidak ada sorang pun yang tak ada ego. Semua orang pasti ada ego sendiri sama ada egonya yang tinggi menggunung @ egonya yang masih terkawal. Kalau orang yang ego tinggi selalunya orang yang suka memberontak walaupun hanya hal kecil. Kadang2 kita kata ego orang tu tinggi tapi kita tak sedar ego kita lagi tinggi dari dia sebab kita tak tegur orang tu dari kesilapan dia malah kita mengata dia pulak. Ego adalah musuh yang ada dalam diri manusia untuk menguji keikhlasan kawan2 kita dalam berkawan. Orang yang sentiasa bersangka baik dan sentiasa positif akan menegur kesilapan orang dengan cara yang baik @ hanya diam dan mendoakan kebaikan kepada orang tersebut. Dalam Islam kita digalakkan untuk sama2 membetulkan kesilapan sesama kita. Jadi marilah kita sama2 memperbaiki kesilapan dan kesalahan kita dan saling membantu sesama kita InsyaAllah :)

Thursday 11 July 2013

Puasa di UiTM Beting

puasa tahun nie di perantauan lagi nak balik tak de cuti...nak balik sabtu ahad ada je program kat sini...rasa nak balik sangat tu amat tinggi sekali...tapi apakan daya assignment datang mengejar diri sambut dengan baik assignment tu...puasa tahun nie jugak tanpa atok tercinta...tok man lah yg selalu beli tambahan juadah puasa yg banyak untuk anak2 dan cucu2 nye...tok man lah yg batuk kat surau sampai dengar kat rumah...tok man lah yg selalu bagi duit beli minyak tanah untuk pasang pelita...tahun nie masih ada lagi ke cahaya dari pelita? tiada sapa tahu akan kebenaran tersebut...saya akan cuba untuk memasang pelita di keliling rumah...walaupun tiada tenaga lelaki tetapi tenaga saya masih ada...saya akan cuba buat yg terbaik sebagai anak yang masih ada tenaga untuk membuat kerja....insyaAllah yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari diri sendiri :)

Sunday 21 April 2013

Bintangku Sayang


Dari kecik aku dah suka bintang yang suka sangat berterabur kat langit tu sampai bila aku nampak bintang jalan depan pon dah tak tengok(sangat bahaya bila bawak kereta). Sape tak suka bintang ramai org suka bintang kan. Kalo dapat tengok dengan telescope lagi best nampak bintang dengan sangat jelas. Tapi nak beli telescope tu memang tak laaaa. Anda semua  rajin2 la keluar rumah tengok bintang2 yang sangat2 cantik kat langit tu(jgn keluar rumah pegi tempat lain pulak). Tiap2 malam bintang jaga kita, kadang2 siang pun bintang jaga kita Cuma kita tak nampak bintang tu dengan jelas. Bintang tak ada bila malam nak hujan @ ada sebab2 tertentu(aku xtaw sbnrnya sebab2nye kih3x). Kan best dapat baring dekat satu kawasan lapang just tengok bintang jerk. Tapi aku takut malam dan takut kawasan gelap L(sangat sedih bukan). Nak tengok bintang mestilah kena kawasan kat gelap baru nampak bintang tu lagi cantik tapi tulah dah penakut nak tengok bintang pon bila dapat keluar dgn family naik kereta(dpt tgk dlm kereta jerk). Aku suka bintang sebab dulu masa kecik2 makcik aku rajin bawak aku tengok bintang kat luar rumah. Pergh memang cantik ar budak2 kan suka benda cantik2 J. Hurm aku harap suatu hari nanti dapat tengok bintang disamping insan yang tercinta sambil si dia menyanyikan lagu untuk aku auwww :D. Ok3x habis nanti berangan pulak ;). Kepada yang suka bintang tu sekiranya anda nampak bintang kat langit tu banyak sangat2 bolehlah roger2x saya erk hik3x. Ciptaan Allah adalah satu anugerah yang sangat indah untuk kita, marilah kita hargai setiap ciptaan-Nya dengan baik J.

Friday 15 March 2013

Sayangnya Aku Pada Mereka

mereka lah yg jaga Izzah dari Izzah kecik sampai Izzah besar. mereka lah atok dan nenek yg sangat Izzah cinta dan sayang. bila dah berjauhan dgn mereka selalu sangat rasa rindu pada mereka timbul. rasa tiap2 minggu nak balik tapi apakan daya xdpt nak balik tiap2 minggu :(. semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari sebarang malapetaka InsyaAllah :)
mereka lah yg selalu jadi sponsor Izzah ;)


Monday 11 March 2013

Baru lagi

bila dah ada blog rasa macam nak luahkan apa yg terpendam dalam hati je. tapi xsemua benda kita boleh kongsi kan pada orang kan. Izzah baru je lagi dalam dunia blog nie sebab tu blog nie x cantik macam orang yg dah lama dalam dunia blogger. jadi buat masa nie macam nie je la blog Izzah :)

Saturday 2 March 2013

Cinta berputik kembali



Dia lah yang aku cinta selama 2 tahun. Cinta dalam diam. Dia tidak pernah tahu yang aku suka dia :). Sejak dia senyum pada aku terus senyuman dia terbayang2 dalam ingatan aku. Hanya kerana senyuman dia aku jatuh cinta pada dia. Lepas habis spm aku dah tak jumpa dia lagi tapi selalu berharap dapat terserempak dengan dia. Aku suka dia sejak aku form 4 lagi. Ingat just suka je tapi tiba2 jadi cinta pulak hehehe. Dan yang paling penting aku tak pernah suka orang selama 2 tahun dia lah orang pertama. Selalu nya aku akan suka orang tak sampai 4 bulan. Lepas dah dapat taw orang yang aku suka dah berpunya, aku dah tak pandang lagi orang tu sebagai orang yang aku suka. Aku pandang orang tu sebagai lelaki yang hensem je la hihihi. Tapi bila aku taw yang dia ni dah berpunya aku tetap pandang dia sebagai orang yang aku suka a.k.a cinta :). Tapi lepas masuk tahun 2012 aku dah boleh lupa pada dia, masalah berlaku bila nak amik result spm. Aku pandang dia je jantung dah mengepam dengan sangat laju. Sampai jalan pun macam dah orang tak betul :). Aku tegur dia masa kat bilik guru, dia bagi respon kat aku pergh hanya tuhan saja yang taw betapa gembiranya aku masa tu. So satu hari aku asyik senyum dan ketawa sorang2 je. Aish tu lah aku bila jumpa dengan orang yang aku suka terus gila J. Then lepas tu aku dah lama sangat tak dengar khabar dia sampai la aku dah masuk U. Sejak dia dah masuk U dia asyik on9 fb jer. So dpt taw la perkembangan dia J. Aku pulak kalo nmpk status dia mesti rasa nak comment tapi tak tercomment pun sebab TAKUT!!!!! Aish dah panjang pula cite nya. Hati ni masih berharap pada DIA :). Sebenarnya bnyk lagi nak cite tapi  nanti la sambung cite nye hihihi. Sesiapa cepatlah tackle aku hahaha. I’m single. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.

Ibu Tunggal



Aku sangat bersyukur dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat tabah dan sabar dalam menghadapi hari2 nya sebagai seorang ibu tunggal yang menanggung 4 orang anak dan bekerja sebagai seorang guru di sekolah agama. Aku kagum dengan mak aku yang tidak pernah mengeluh dalam menjalani kehidupannya dan terima setiap dugaan yang diberikan kepadanya. Susah senang dia yang tanggung dan sanggup menahan nafsu sendiri demi anak2 nya. Kadang2 aku tengok wajah ibu aku yang keletihan membuatkan aku nak jadi anak yang dapat mengubah nasib keluarga aku. Tapi aku masih x dapat mengenal pasti kebolehan aku dalam pelajaran dan juga kemahiran. Yang aku tahu aku suka mengemas dan memasak. Itu pun masak yang simple je L. Aku berharap sangat suatu hari nanti ada yang sudi menjaga aku dengan baik dan dapat membimbing diri aku ke jalan ke benar. Aku masih cetek ilmu agama dan aku mahu mendalami nya. Opsss lari topik lak sorry ngeee. Mak aku bukan kena menanggung anak2 nya saja tapi kena menanggung kedua2 ibu bapanya yang sakit(atuk tersayang aku lah tu). Aku sedih bila mak aku asyik cakap “adik bilalah kita dapat tidur rumah kita sendiri, rumah ada tapi x duduk” aku pun jawab”bila2 pun boleh tapi siapa nak jaga atuk”. Aku taw bila aku cakap macam tu mak aku fikir fasal rumahnya. Walaupun mak aku seorang ibu tunggal tapi mak aku mampu beli rumah, kereta, motor dan menanggung anak dan mak ayah nya dengan baik. Aku tidak akan pernah lupakan jasa yang mak aku berikan kepada aku selama ini. insya-Allah dengan izin-Nya aku akan jaga mak aku bila dia dah tua. Dan aku berharap sangat siapa2 yang menjadi bakal suami aku dapat terima mak aku seadanya (bukan saya je awak kena terima seadanya). MAK ADIK SANGAT SAYANG MAK!!!!!!

Wednesday 13 February 2013

Erti hormat?


Orang selalu cakap budak2 yg muda kena hormat orang yg lebih tua. Betul kan? Tapi kalau sebelah pihak je yg kena hormat tidakkah mereka rasa seperti tidak dihormati dan selalu ditindas. Bagi aku semua orang kena hormat sesama manusia barulah tak ada perbalahan yg serius berlaku. Erm aku cuba untuk lebih menghormati orang yg lebih tua dari aku. Tapi sebelum nie pon aku hormat mereka2 yg tua dari aku, mungkin hormat aku bukan seperti hormat yg org inginkan. Hurm macam2 cara kita hormat org kan, so kalau cara kita hormat org salah mari lah kita ubah cara hormat kita tu ok. insya-Allah sama2 kita cuba yg terbaik utk diri kita dan org sekeliling kita =)